Cara Tukar Nama Nombor Telefon Dari Peribadi Ke Nama Syarikat
Jika nombor telefon perniagaan anda masih lagi atas nama peribadi, sudah tiba masanya untuk bertukar kepada nama syarikat. Kami akan memberikan panduan langkah demi langkah bagaimana anda boleh tukar nama nombor telefon kepada nama syarikat dengan mudah, tanpa perlu ke pusat perkhidmatan telco. Proses ini sangat mudah, pantas, dan mengelakkan sebarang tekanan.
Tukar Nama Ke Syarikat Tanpa Perlu Ke Pusat Servis
Apa yang anda perlukan hanyalah dokumen yang betul — dan selebihnya, biar kami uruskan untuk anda.
Anda tak perlu keluar rumah, tak perlu ambil nombor giliran di pusat telco, dan tak perlu buang masa berjam-jam menunggu. Sama ada anda sedang bekerja di pejabat atau berehat di rumah, semuanya boleh dilakukan secara dalam talian, langkah demi langkah, dengan penuh ketenangan.
Kami akan bantu anda dari awal hingga akhir, pastikan setiap proses berjalan lancar, cepat, dan tanpa tekanan. Anda hanya perlu sediakan dokumen… dan kami akan pastikan semuanya selesai dengan sempurna.
SMEs & Corporate Dedicated Support
As an official business partner of U Mobile Business, we are always ready to serve and assist businesses in reducing both time and cost.
Tukar Nama Nombor Telefon Untuk Syarikat Anda — Apa Dokumen Yang Diperlukan
Proses ini sebenarnya sangat mudah! Apa yang anda perlukan hanyalah menyediakan dokumen syarikat yang tepat. Setelah kami menerima dokumen tersebut, kami akan bantu anda senaraikan dengan jelas nombor telefon yang mana milik siapa, aturkan semuanya untuk anda, dan tukarkan nombor-nombor itu ke atas nama syarikat anda.
Kami faham, proses ini boleh kelihatan rumit pada mulanya, jangan risau, kami akan mempermudahkannya untuk anda. Sepanjang proses ini, kami juga akan menerangkan dengan jelas pelan telefon mudah alih yang anda gunakan sekarang, dan tawarkan pelan baru yang lebih sesuai dengan keperluan syarikat anda.
Segala-galanya akan diuruskan dengan lancar dan telus, supaya anda tidak perlu risau. Fokus pada perniagaan anda, biar kami uruskan bahagian ini!
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Sdn Bhd:
1️⃣ Borang 9/13, Borang 24 & Borang 49 (Akta Syarikat 1965)
atau Seksyen 14 & 17 (Akta Syarikat 2016)
2️⃣ Salinan Kad Pengenalan salah seorang Pengarah
3️⃣ Alamat Penghantaran
4️⃣ Nombor Telefon Mudah Alih
5️⃣ Alamat Emel
6️⃣ Nombor TIN Syarikat (untuk e-invois)
7️⃣ Gambar Tandatangan Tanda Tapak Lawatan
Pastikan semua dokumen yang dihantar adalah jelas dan lengkap untuk kelulusan yang lebih cepat.
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Enterprise atau Partnership:
1️⃣ Sijil SSM (Borang D / E)
2️⃣ Salinan Kad Pengenalan salah seorang Pengarah/Pemilik
3️⃣ Alamat Penghantaran
4️⃣ Nombor Telefon Mudah Alih
5️⃣ Alamat Emel
6️⃣ Nombor TIN Syarikat (untuk e-invois)
7️⃣ Gambar Tanda Tapak Lawatan
✅ Setelah semua dokumen lengkap, pihak kami akan terus memproses pendaftaran anda dengan segera.
Mudah, cepat, dan diurus sepenuhnya secara dalam talian — tanpa perlu ke pusat perkhidmatan.
Bukti Operasi Perniagaan Jikalau Tiada Papan Tanda? Tiada Masalah. Begini Cara Membuktikan Perniagaan Anda Aktif
Kami memahami bahawa tidak semua syarikat mempunyai papan tanda fizikal — ada yang beroperasi dari rumah, ruang sewaan bersama, atau pejabat kecil. Situasi ini adalah normal dan tidak menjejaskan permohonan anda.
Sekiranya tiada papan tanda, anda hanya perlu menyediakan beberapa gambar yang menunjukkan kawasan kerja, peralatan, atau produk yang anda jalankan. Gambar-gambar ini berfungsi sebagai bukti bahawa perniagaan anda aktif dan beroperasi.
Walaupun tanpa papan tanda, permohonan anda tetap boleh dipertimbangkan dan diluluskan selagi bukti operasi adalah jelas dan mencukupi.
Gambar Home Office Tanpa Papan Tanda Syarikat
Kebanyakan perniagaan kecil memang tak ada papan tanda syarikat — itu normal. Jadi, apa gambar yang perlu anda ambil? Mudah saja! Anda hanya perlu sediakan beberapa foto yang jelas untuk tunjukkan bahawa perniagaan anda memang wujud dan sedang beroperasi.
Ambil gambar seperti berikut:
📌 Gambar alamat rumah atau pejabat anda (nombor pintu atau pintu masuk bangunan)
📌 Satu gambar bahagian luar tempat anda bekerja
📌 Satu gambar bahagian dalam ruang kerja
📌 Beberapa gambar meja kerja atau setup anda, tempat di mana anda biasanya buat kerja
Walaupun anda bekerja dari rumah, itu tidak menjadi masalah. Asalkan kami boleh lihat ruang kerja anda, itu sudah cukup untuk membuktikan perniagaan anda benar dan aktif.
Senang, cepat, dan tak perlu risau!
Gambar Papan Tanda: Jika Syarikat Anda Ada Signboard
Kalau syarikat anda ada papan tanda, prosesnya memang sangat mudah. Anda hanya perlu ambil satu gambar papan tanda syarikat anda dan hantar kepada kami. Kemudian, ambil juga beberapa gambar ruang dalam pejabat — seperti meja, workstation, atau kawasan kerja lain. Itu saja yang anda perlu buat; memang semudah itu.
Kalau anda baru pindah masuk dan papan tanda itu masih belum ditukar kepada nama syarikat anda, tak mengapa. Anda tetap boleh ambil gambar papan tanda yang ada sekarang dan tunjukkan kepada kami. Yang penting, kami boleh lihat lokasi dan persekitaran tempat anda beroperasi.
Kami Bantu Sediakan Semua Dokumen Yang Betul Untuk Tukar Nama
Selain dokumen syarikat anda, kami juga akan bantu sediakan semua borang tambahan yang diperlukan — termasuk surat pelepasan, surat penerimaan, dan borang pemindahan. Anda hanya perlu beritahu berapa banyak talian telefon yang mahu dipindahkan, dan selebihnya biar kami uruskan dari A sampai Z.
Anda tak perlu pening fikir borang mana yang betul, apa yang perlu diisi, atau takut tersilap. Kami akan susun semuanya dengan jelas, sediakan satu per satu untuk anda semak, dan bila semuanya sudah tepat… anda hanya perlu tandatangan.
Mudah, tepat, dan benar-benar tanpa stres. Kami ada untuk mudahkan hidup anda — supaya anda boleh fokus pada perniagaan, bukan pada kertas kerja.
Dokumen Diperlukan Untuk Proses Tukar Nama
Daripada Pemilik Individu / Staf (Bahagian Pelepasan):
📌 Salinan MyKad (IC) atau Pasport
📌 Bil telefon terkini (mengesahkan talian masih aktif)
📌 Surat Pelepasan yang ditandatangani bagi membenarkan pemindahan
Daripada Pihak Syarikat (Bahagian Penerimaan):
📌 Dokumen pendaftaran syarikat (borang SSM)
📌 Salinan MyKad (IC) salah seorang Pengarah
📌 Surat Penerimaan yang ditandatangani bagi mengesahkan pemilikan syarikat
📌 Borang U Mobile CTOS Consent Declaration
Sebelum Anda Tukar Nama Nombor Telefon Kepada Nama Syarikat — Semak Perkara Ini Dahulu 👇
🔍 Nombor tersebut berdaftar atas nama siapa?
🔍 Telco mana yang sedang digunakan?
🔍 Berapa banyak nombor yang akan dipindahkan ke nama syarikat?
🔍 Adakah terdapat supplementary line di bawah pelan semasa?
🔍 Masih ada baki kontrak atau tidak?
💡 Sudah tahu pelan U Mobile Business Postpaid yang ingin dipohon?
Apabila semua perkara ini jelas, proses pemindahan dapat dijalankan dengan lebih lancar — lebih jimat, lebih teratur, dan tanpa tekanan.
Mudah Sahaja — Tulis Nombor Anda Di Atas Kertas Putih
Sama seperti pelanggan lain, anda hanya perlu senaraikan nombor telefon anda di atas sehelai kertas putih:
✔ Nama anda
✔ Setiap nombor telefon
✔ Telco yang digunakan
✔ Anggaran caj bulanan
Ambil gambar dan hantar kepada kami.
Kami akan sediakan jadual yang kemas dan jelas untuk menunjukkan kos sebelum & selepas, serta cadangan pelan yang paling sesuai untuk anda.
Kajian Kes Sebenar Untuk Pemilik Perniagaan
Tukar Nama, Telco Berbeza, Pemilik Yang Sama
Seorang pelanggan mempunyai 3 nombor telefon daripada tiga syarikat telco yang berbeza. Kami membantu menyusun semua maklumat dan menunjukkan perbandingan yang jelas sebelum dan selepas:
✔ RM246 → RM75 sebulan
✔ Penjimatan RM171 setiap bulan
✔ Lebih RM4,140 dijimatkan dalam 24 bulan
Jika anda berada dalam situasi yang sama, cukup tuliskan nombor-nombor anda dan ambil gambar.
Kami akan bantu memeriksa, mengira, dan mencadangkan pelan terbaik untuk anda — tepat, telus, dan berasaskan data.
Nama Berbeza? Tak Ada Masalah — Anda Tetap Boleh Pindahkan ke Nama Syarikat
Walaupun nombor telefon anda didaftarkan atas nama orang yang berbeza, jangan risau — anda masih boleh kekalkan semua nombor itu dan pindahkan semuanya ke bawah nama syarikat anda.
Hanya tulis maklumat ini di atas sekeping kertas putih:
✔ Nombor tersebut didaftarkan atas nama siapa
✔ Senarai nombor telefon
✔ Telco yang digunakan dan anggaran caj bulanan
Lepas tu, ambil gambar dan hantar kepada kami.
Kami akan bantu semak, susun dengan kemas, dan cadangkan pelan terbaik untuk syarikat anda. Mudah dan tak perlu pening kepala!
Jadual Sebelum & Selepas Pemindahan Ke Nama Syarikat — Kami Sediakan Untuk Anda
Semua nombor telefon anda boleh dikekalkan, walaupun ia didaftarkan atas nama individu yang berbeza. Jangan risau — kami akan siapkan jadual perbandingan yang jelas dan mudah faham untuk anda.
Dalam jadual itu, kami akan tunjukkan:
✔ Before — telco semasa & kos bulanan sekarang
✔ After — pindah ke nama syarikat di bawah U Mobile
✔ Penjimatan setahun dan penjimatan untuk 24 bulan
Kebanyakan pelanggan memang terkejut bila nampak perbandingan sebenar — ada yang berjaya jimat sehingga 70% dalam masa hanya 24 bulan.
Anda cuma beri maklumat, kami susun semuanya untuk anda. Senang, cepat, dan memang berbaloi!
Pemilik Berbeza, Banyak Talian? Nak Pindahkan Semua ke Nama Syarikat?
Seorang pelanggan kami mempunyai 4 nombor telefon — termasuk talian staf dan talian keluarga — dan mahu pindahkan semuanya ke bawah nama syarikat.
Apa yang mereka buat? Sangat mudah. Mereka hanya tulis di atas sekeping kertas putih:
• Nama pemilik setiap nombor
• Nombor telefon tersebut
• Telco & caj bulanan
Lepas tu, mereka ambil gambar dan hantar kepada kami.
Siap — semudah itu!
Kami akan bantu semak, susun, dan uruskan semua proses pemindahan untuk anda. Mudah, cepat, dan tanpa sebarang kerumitan!
Pelan Korporat Terbaik: RM50/Line + 15GB Roaming + Free Incoming Calls/SMS + 2 Telefon 5G Percuma
Pelanggan ini asalnya ada 4 nombor dan selalu travel ke luar negara. Dia juga mahukan pelan yang siap dengan telefon percuma. Oleh kerana 4 talian lamanya sudah lebih RM250 sebulan, kami cadangkan U Mobile Business 5G Bundle Promo (UBiz 98 – 5 lines). Kami tambah 1 nombor VVIP secara percuma untuk lengkapkan 5 talian.
Sekarang dia dapat:
✔ 5 talian hanya RM250 (RM50 setiap satu)
✔ Panggilan tanpa had dalam Malaysia
✔ 15GB Data Roaming setiap bulan di 60 negara
✔ Free incoming calls & SMS sewaktu di luar negara
✔ 2 telefon 5G percuma
Dengan tambah satu line percuma, jumlah bayaran sama seperti dulu — tapi manfaat jauh lebih besar, siap dengan roaming dan smartphone percuma.
Ini memang antara pelan korporat paling berbaloi di Malaysia, terutamanya untuk syarikat yang banyak travel.
Contact Us
Dedicated customer service support
Submit the form and our JETSO dedicated support team will get back to you as soon as possible. We’re always happy to assist.