Cara Daftar Nombor Telefon Postpaid Di Bawah Nama Syarikat di Malaysia (Panduan Lengkap & Mudah Faham)
Dalam dunia perniagaan hari ini, persaingan semakin sengit dan kos operasi pula semakin meningkat. Ramai pemilik perniagaan tidak sedar bahawa bil nombor telefon sebenarnya merupakan salah satu kos bulanan yang paling senyap tapi membebankan — terutama jika talian peribadi digunakan untuk urusan syarikat.
Namun berita baiknya, ada cara yang sangat mudah untuk menjimatkan kos, memudahkan pengurusan komunikasi, dan menjadikan operasi lebih profesional:
Semua Kos Terkumpul Dalam Satu Akaun
Tiada lagi bil berselerak atas nama staf atau pemilik.
Semua talian disatukan dalam satu akaun syarikat — lebih kemas, lebih jelas.
Mudah Uruskan Cukai & Perbelanjaan
Bil nombor telefon korporat boleh direkod sebagai kos perniagaan.
Ini membantu mengurangkan beban cukai dan memudahkan penyata kewangan tahunan.
Imej Profesional Di Mata Pelanggan
Bila pelanggan menerima panggilan daripada nombor berdaftar dengan nama syarikat, kesan keprofesionalan itu jauh lebih kuat.
Ia meningkatkan kepercayaan dan keyakinan terhadap perkhidmatan anda.
Kelebihan Pelan Korporat Yang Lebih Jimat
Pelan syarikat biasanya lebih murah, ada faedah tambahan, dan boleh menjimatkan sehingga 70% kos tahunan — sesuatu yang ramai usahawan terlepas pandang.
SMEs & Corporate Dedicated Support
As an official business partner of U Mobile Business, we are always ready to serve and assist businesses in reducing both time and cost.
Siapa Yang Layak Daftar?
Tidak kira jenis perniagaan anda, hampir semua boleh daftar:
✔️ Syarikat Sdn Bhd
✔️ Enterprise / Sole Proprietorship
✔️ Partnership
✔️ NGO / Persatuan (ROS)
✔️ Organisasi Pendidikan / Rumah Ibadat
Asalkan ada dokumen rasmi — anda pasti layak.
Kami Uruskan Segalanya — Anda Hanya Kongsi Maklumat & Dokumen Syarikat, Selebihnya Biar Kami Selesaikan
Pendaftaran pelan mudah alih syarikat sebenarnya tidak rumit pun. Anda hanya perlu sediakan SSM dokumen (Sdn Bhd, Enterprise, Sole Proprietor, Partnership, atau Pertubuhan/NGO) dan telco asal seperti Maxis, CelcomDigi, YES YTL, Unifi, U Mobile, atau lain-lain bil — dan kami akan uruskan seluruh proses untuk anda.
Semua dilakukan secara dalam talian melalui telefon, WhatsApp atau e-mel. Tak perlu ke pusat servis pun, dalam 5–7 hari bekerja, pendaftaran anda akan selesai dengan lancar.
Tukar Dari Nama Peribadi Ke Nama Syarikat
Walaupun syarikat anda baru ditubuhkan, anda tetap boleh tukarkan nombor telefon peribadi ke atas nama syarikat.
Tetapi langkahnya sangat mudah. Anda hanya perlu sediakan:
✅ Salinan IC/Pasport Pengarah
✅ Bil telefon terkini (jika nombor dipindahkan dari telco lain)
✅ Dokumen pendaftaran SSM
Itu sahaja.
Selepas anda serahkan dokumen ini, kami akan bantu sediakan semuanya untuk anda. Lepas itu hanya perlu semak, tandatangan, dan cop syarikat.
Selebihnya, biar kami yang uruskan supaya proses ini berjalan dengan mudah, kemas dan tenang — seperti mana sepatutnya untuk setiap pemilik perniagaan.
Untuk Syarikat Sdn Bhd
✔️ Form 9 / 24 / 49
ATAU
✔️ Seksyen 14 & 17 (Akta Syarikat 2016)
✔️ Salinan IC salah seorang pengarah
Maklumat Yang Diperlukan Untuk Melengkapkan Pendaftaran:
📌 Alamat Penghantaran
📌 Nombor Telefon Mudah Alih untuk dihubungi
📌 Alamat Emel aktif
📌 Nombor TIN Syarikat (untuk e-invoicing)
📌 Kedai/Pejabat Gambar Papan Tanda
Untuk Enterprise / Partnership
✔️ SSM Borang D / E
✔️ 1 salinan IC pemilik
✔️ Maklumat perniagaan & alamat
Maklumat Yang Diperlukan Untuk Melengkapkan Pendaftaran:
📌 Alamat Penghantaran
📌 Nombor Telefon Mudah Alih untuk dihubungi
📌 Alamat Emel aktif
📌 Nombor TIN Syarikat (untuk e-invoicing)
📌 Kedai/Pejabat Gambar Papan Tanda
Dokumen Diperlukan Untuk Firma Profesional
✔️ Sijil Firma Profesional
✔️ Salinan IC Pemilik Firma
Maklumat Yang Diperlukan Untuk Melengkapkan Pendaftaran:
📌 Alamat Penghantaran
📌 Nombor Telefon Mudah Alih untuk dihubungi
📌 Alamat Emel aktif
📌 Nombor TIN (Tax Identification Number)
📌 Pejabat / Kedai Gambar Papan Tanda
Dokumen Diperlukan Untuk Pertubuhan Berdaftar (ROS)
✔️ Sijil ROS
✔️ Carta organisasi
✔️ Salinan IC Pengerusi
✔️ Surat permohonan rasmi
Maklumat Yang Diperlukan Untuk Melengkapkan Pendaftaran:
📌 Alamat Penghantaran
📌 Nombor Telefon Mudah Alih untuk dihubungi
📌 Alamat Emel aktif
📌 Nombor TIN (Tax Identification Number)
📌 Pejabat / Kedai Gambar Papan Tanda
Tukar Nama, Tukar Telco — Semuanya Online, Semuanya Mudah
Mobile Number Portability (MNP)
Pindah Telco Ke U Mobile Business Dengan Mudah:
Ramai pelanggan kami datang dengan nombor dari telco lain seperti (Maxis, CelcomDigi, Unifi, YES YTL) ke U Mobile Business.
Anda hanya perlu hantar bil syarikat semasa, dan kami akan:
✔ Semak kontrak
✔ Kira penjimatan
✔ Cadangkan pelan terbaik
Kami uruskan proses port-in dari awal sehingga nombor aktif — anda hanya tunggu kemas kini daripada kami.
Business. So just let our team handle everything for you.
What we need from you is your current company phone bill — send it to us, and we’ll review it for you.
Tukar Nombor Syarikat Ke Nama Individu — Juga Boleh Dilakukan Online
Jika nombor telefon anda kini didaftarkan di bawah nama syarikat dan anda ingin memindahkannya kembali ke nama peribadi, jangan risau — prosesnya juga sangat mudah.
Tidak kira nombor itu asalnya dari telco mana, kami boleh bantu pindahkan pemilikan dengan senang dan teratur.
Anda hanya perlu sediakan dokumen yang diperlukan, dan pasukan kami akan uruskan selebihnya sehingga selesai.
Bukti Operasi Perniagaan! Jikalau Tiada Papan Tanda? Jangan Risau
Tidak semua syarikat ada papan tanda fizikal. Kami sangat faham — ada perniagaan yang beroperasi dari rumah, ruang pejabat kongsi, atau ruang kecil tanpa sebarang signage rasmi. Dan itu langsung bukan masalah.
Yang penting, kami hanya perlu buktikan perniagaan anda benar-benar wujud dan sedang beroperasi. Walaupun tanpa papan tanda, permohonan anda tetap boleh diluluskan. Kami akan bantu sediakan surat penjelasan ringkas untuk sokongan permohonan anda.
Jika Syarikat Anda Ada Papan Tanda (Signage)
Kalau anda memang mempunyai papan tanda syarikat, prosesnya jauh lebih mudah. Anda hanya perlu:
📸 Ambil gambar papan tanda syarikat
📸 Ambil beberapa gambar ruang dalam pejabat — meja, workstation, ruang kerja Itu sahaja.
Mudah, cepat dan sangat jelas. Jikalau anda baru berpindah masuk dan papan tanda itu belum ditukar ke nama syarikat anda, jangan risau.
Anda masih boleh ambil gambar signage yang ada sekarang. Apa yang penting ialah kami dapat lihat lokasi dan persekitarannya.
Jika Syarikat Anda Tiada Papan Tanda (Home Office / Shared Office)
Ini situasi biasa, terutama bagi perniagaan baharu atau perniagaan kecil. Apa yang perlu anda lakukan?
📌 Ambil gambar pintu masuk rumah/pejabat yang ada nombor unit
📌 Ambil gambar meja kerja, laptop, dokumen, fail perniagaan
📌 Ambil gambar ruang kerja anda dari beberapa sudut
Gambar-gambar ini menunjukkan bahawa:
✔ Perniagaan anda benar-benar aktif
✔ Ada aktiviti harian dijalankan
✔ Ada tempat kerja yang jelas
Untuk Syarikat Tanpa Papan Tanda
✔️ Gambar alamat luar (unit no / pintu rumah)
✔️ Gambar ruang kerja (home office)
Contoh Lain: Pejabat Tanpa Papan Tanda Syarikat
Ada juga syarikat yang baru sahaja berpindah ke tempat baharu:
✔️ Satu gambar yang menunjukkan alamat syarikat atau pintu masuk
✔️ Satu gambar bahagian luar pejabat
✔️ Satu gambar bahagian dalam ruang kerja
Contact Us
Dedicated customer service support
Submit the form and our JETSO dedicated support team will get back to you as soon as possible. We’re always happy to assist.